Friday, January 4, 2013

Hijab?

assalamualaikum peeps!:)

sekarang dh 8.52 malam,hujan rahmat still turun non stop membasahi bumi Taiping,haha.mak aku dah warning jangan nak tengok lappy lama sangat since silau mata aku dah naik teruk kaw kaw punya haa,haha.tapi tengah hujan mencurah ni Allah turunkan idea untuk aku terus merapu dekat blog ni,muehehe.

aku teringat ada hashtag #PakaiTudungTapi dekat Twitter dulu.memang berapi jugak la tengok kan,huhu.i mean,apa kena dohh nak perlekeh orang bertudung?aku kadang kadang macam tak percaya dalam zaman teknologi open minded kononnya ni ada still yang perlekeh tudung.lagi sedih bila yang perlekeh tu orang melayu yang sah sah Islam :/

aku teringat masa sekolah dulu aku pernah baca satu novel nijap ehh..


writer dia tak silap aku orang palestin yang stay dekat sydney.novel ni sinopsis dia pasal a girl yang baru nak start pakai tudung and mcm mana dia nak deal dgn students sekolah dia dan pandangan pelik org lain trhadap dia.well,australia kan?haha.and aku tertarik dengan satu dialog ni,dia dengan rival dia.bunyi lebih kurang macam ni.

Tia:Why should just covered up your hair?well,i'm a girl,i just don't know how would I live without my hair.*flips*

Amal:I'm a human,I just don't know how would I live without my brain.

pedas kan?*kunyah katak*

orang cakap rambut mahkota kecantikan,yeah true,but only for your MAHRAM.sanggup tu buat macam2,rebonding la,dye la,extension la bagai.kata aku rasa TUDUNG is mahkota kecantikan :) tak percaya?






kalau tak kenal diorang ni,then kau bukan orang Malaysia,LOL

maybe ada yang cakap,"eleh,biasa je aku tengok" tapi aku rasa dalam hati korang pun korang akan mengaku yang diorang lagi cantik bila pakai tudung.pakai tudung serius naikkan seri muka korang,sumpah tak tipu!aku suka compare muka orang yang tak pakai tudung bila diorang pakai tudung.cantik kuasa 218 katakoo~

syariat Allah itu sempurna,well,dia yang cipta kita,mesti Dia tahu apa yang terbaik untuk kita kan?pakai tudung ada kelebihan dia dari sudut saintifik..

V.G. Rocine, seorang pakar otak mengatakan fosforus otak menjadi cair pada 108 suhu Farenheit which is 42 dgree celcius. Keadaan ini boleh berlaku sekiranya seseorang berada di bawah keadaaan panas terik tanpa menutup kepala. Apabila fosforus cair, fungsi otak akan menurun.

Allah Maha Bijaksana,Maha Mengetahui.bagi la peluang dekat diri sendiri untuk try pakai tudung.serius,TAK ADA perempuan yang TAK CANTIK bila pakai tudung :)

ps:minta maaf kalau post ni ada menyinggung hati mana mana pihak,kut ada terperli tercarut bagai,sobsob.just tergerak untuk buat perkongsian ini,harap ada manfaat bersama insyaallah :)








No comments:

Post a Comment