Friday, January 21, 2011

Analogi Perpisahan

siang takkan indah tanpa suria
malam takkan indah tanpa rembulan
pincanglah lagu tanpa irama
hambarlah maidah tanpa rencah.


hakikatnya mereka saling memerlukan
ini sebuah metafora
simbolik antara kau dan aku.


selepas ini...
tiada lagi senyum manismu
tiada lagi gelak tawamu
tiada lagi kelibat tubuhmu
dan kutahu
ku pasti rindu.


pohonku selepas ini..
biarlah bayu membawa salam..
dan apabila ia berpuput..
harap itu bukan yg terakhir.


ps:sajak ni direka time majlis prsaraan pengetua.tp ak modified sket utk diletak kt blog nih.tatau la best ke x..:)

No comments:

Post a Comment